KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018

Sesi Memanaskan Badan

JUARA

Rumah Merah dinobatkan Sebagai Juara

BENGKEL e-RPH, e-KOKU DAN EDU-APPS

Bengkel Anjuran SMKPR dan JPNM telah Mendapat Kerjasama daripada Persatuan Sahabat Guru Malaysia

PESERTA BENGKEL BEGITU TERUJA DAN BERSEMANGAT

Bengkel Ini Penting Untuk Guru-guru Mempelbagaikan Teknik Pengajaran di Bilik Darjah

Sunday, January 28, 2018

BENGKEL e-RPH, e-KOKU DAN EDU-APPS

BENGKEL e-RPH, e-KOKU DAN EDU-APPS

Bengkel ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 27 Januari 2018 di SMK Paya Rumput.
Tenaga pengajar merupakan ahli Persatuan Sahabat Guru Malaysia yang datang dari seluruh negara.

Antara Tenaga Pengajar Sahabat Guru Malaysia

Pn. Hjh. Rubaiyah Sedang Memberi Taklimat


Wajah-wajah Ceria dan Bersemangat



Menandatangani MOU dengan Sekolah-sekolah yang Turut Terlibat




Dirasmikan oleh En. Tahir Bin Kasim
Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNM



MERENTAS DESA



KEJOHANAN MERENTAS DESA DIJALANKAN DENGAN  MERIAH.

Kejohanan Merentas Desa tahun 2018 telah diadakan pada 26 Januari 2018, bersamaan hari Jumaat.



Sesi Memanaskan Badan

Rumah Merah Sebagai Juara 2018


Guru Rumah Yang Sangat Bersemangat



Mesti Sedap Air Ni



Check Point Lelaki



Check Point Perempuan



Berjaya Sampai



Suka-Suki Merentas Desa



Berjuang


Friday, January 12, 2018

HARI ORENTASI TINGKATAN SATU

Pendaftaran murid-murid tingkatan satu telah diadakan pada 27 Disember 2018 manakala orentasi bermula dari 27 Disember hingga 29 Disember 2018.
Murid-murid ini telah diberikan taklimat khas daripada semua unit SMK Paya Rumput. Hal ini ini untuk memastikan mereka dapat beajar dengan selesa dan tidak kekok ketika berada di sekolah menengah.

Wednesday, September 20, 2017

MALAM ANUGERAH BINTANG KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2017


Monday, August 14, 2017

SETITIS TINTA PEMBUKA BICARA


       
Puan Hajah Rubaiyah
Mendidik Dari Hati Dengan Penuh Intergriti Assalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh Salam Sejahtera Salam SMKPR Terus Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
                 
                 Segala puji dan syukur bagi Allah S.W. T tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat kerana dengan limpah dan izin-Nya SMK Paya Rumput dapat mengatur langkah sepanjang tahun 2017 melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyumbang ke arah kecemerlangan anak-anak didik di sini secara khususnya dan seluruh warga SMK Paya Rumput secara amnya. 
                 
                Kehadiran tahun 2018 menuntut setiap pendidik khususnya meneroka dengan lebih jauh dan mendalam dalam pelbagai cabang ilmu untuk memastikan cabaran dunia pendidikan alaf ke-21 yang perlu diajarkan kepada generasi gen Z yang kini berada di bangku sekolah menengah berjaya direalisasikan dengan jayanya. Kepesatan dan kemajuan dalam bidang teknologi juga amat mencabar malah kepakaran guru-guru dalam mentransformasikan pendidikan kepada murid-murid. Justeru, dengan usaha sama guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat cabaran melahirkan murid yang berketrampilan dan memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara akan dapat dihasilkan di sekolah ini. 
           
         Jalinan ukhuwah antara sekolah dengan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, ibu bapa serta pihak NGO ibarat aur dengan tebing yang saling menyokong demi memastikan kelangsungan pendidikan yang paling kondusif serta berfokus dapat disediakan di SMK Paya Rumput. Kepada semua guru serta anak murid yang dikasihi selamat kembali ke sekolah dengan penuh semangat membara untuk mencapai kejayaan. Jadikan kejayaan tahun 2017 sebagai landasan untuk menempah pencapaian yang lebih gemilang agar dapat membawa nama SMK Paya Rumput sebagai salah sebuah sekolah terbilang di negeri Melaka khususnya dan di peringkat kebangsaan amnya baik dalam aspek pengurusan, pencapaian akademik, ketinggian sahsiah dan budi pekerti serta kehebatan dalam bidang kokurikulum dan sukan. 
                  
              Harapan saya semoga kita semua dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang memiliki hala tuju yang jelas iaitu berorientasikan kecemerlangan dalam melaksanakan setiap amanah yang diberi. Sekolah kita tanggungjawab kita, anak murid didahulukan pencapaian diutamakan. Selamat mendidik dengan penuh kesabaran, kesungguhan, sentiasa mempunyai inisiatif menerokai ilmu pengetahuan yang mengangkat pedagogi ke tahap yang paling terkini untuk melahirkan bangsa Malaysia yang berdaulat. Selamat bertugas cikgu, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. 
                
                Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh, terima kasih. 



Yang benar, 


Hajah Rubaiya binti Abu Nawas

Monday, August 7, 2017

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG SMK PAYA RUMPUT MELAKA...