KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018
Sesi Memanaskan Badan
JUARA
Rumah Merah dinobatkan Sebagai Juara
BENGKEL e-RPH, e-KOKU DAN EDU-APPS
Bengkel Anjuran SMKPR dan JPNM telah Mendapat Kerjasama daripada Persatuan Sahabat Guru Malaysia
PESERTA BENGKEL BEGITU TERUJA DAN BERSEMANGAT
Bengkel Ini Penting Untuk Guru-guru Mempelbagaikan Teknik Pengajaran di Bilik Darjah
Wednesday, September 20, 2017
Monday, August 14, 2017
SETITIS TINTA PEMBUKA BICARA
August 14, 2017
Puan Hajah Rubaiyah |
Segala puji dan syukur bagi Allah S.W. T tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat kerana dengan limpah dan izin-Nya SMK Paya Rumput dapat mengatur langkah sepanjang tahun 2017 melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyumbang ke arah kecemerlangan anak-anak didik di sini secara khususnya dan seluruh warga SMK Paya Rumput secara amnya.
Kehadiran tahun 2018 menuntut setiap pendidik khususnya meneroka dengan lebih jauh dan mendalam dalam pelbagai cabang ilmu untuk memastikan cabaran dunia pendidikan alaf ke-21 yang perlu diajarkan kepada generasi gen Z yang kini berada di bangku sekolah menengah berjaya direalisasikan dengan jayanya. Kepesatan dan kemajuan dalam bidang teknologi juga amat mencabar malah kepakaran guru-guru dalam mentransformasikan pendidikan kepada murid-murid. Justeru, dengan usaha sama guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat cabaran melahirkan murid yang berketrampilan dan memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara akan dapat dihasilkan di sekolah ini.
Jalinan ukhuwah antara sekolah dengan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, ibu bapa serta pihak NGO ibarat aur dengan tebing yang saling menyokong demi memastikan kelangsungan pendidikan yang paling kondusif serta berfokus dapat disediakan di SMK Paya Rumput. Kepada semua guru serta anak murid yang dikasihi selamat kembali ke sekolah dengan penuh semangat membara untuk mencapai kejayaan. Jadikan kejayaan tahun 2017 sebagai landasan untuk menempah pencapaian yang lebih gemilang agar dapat membawa nama SMK Paya Rumput sebagai salah sebuah sekolah terbilang di negeri Melaka khususnya dan di peringkat kebangsaan amnya baik dalam aspek pengurusan, pencapaian akademik, ketinggian sahsiah dan budi pekerti serta kehebatan dalam bidang kokurikulum dan sukan.
Harapan saya semoga kita semua dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang memiliki hala tuju yang jelas iaitu berorientasikan kecemerlangan dalam melaksanakan setiap amanah yang diberi. Sekolah kita tanggungjawab kita, anak murid didahulukan pencapaian diutamakan. Selamat mendidik dengan penuh kesabaran, kesungguhan, sentiasa mempunyai inisiatif menerokai ilmu pengetahuan yang mengangkat pedagogi ke tahap yang paling terkini untuk melahirkan bangsa Malaysia yang berdaulat. Selamat bertugas cikgu, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh, terima kasih.
Yang benar,
Hajah Rubaiya binti Abu Nawas